Twitter Turut Menghadapi Masalah Overload?

Twitter Turut Menghadapi Masalah Overload?

Diterbitkan pada Mac 25, 2009 oleh .

Sepanjang menggunakan Twitter selama ini, saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah berkaitan server dan sebagainya. Namun begitu, hari ini, saya terjumpa dengan mesej kapasiti berlebihan pada Twitter. Adakah ini menunjukkan bahawa kini ianya telah menjadi sebuah platform utama yang digunakan oleh semua orang di seluruh dunia?

Twitter OverCapacity
Mesej Yang Di Paparkan Pada Laman Twitter

Twitter sudah menjadi antara medium perhubungan dan medium penyebaran berita yang amat pantas. Sebagai contoh, pemilihan UMNO pada malam ini sahaja sudah mendapat liputan luas di laman Twitter, sumbangan daripada para penggunanya. Anda juga boleh mengintegrasikan carian Twitter pada laman Google dengan mudah.

Twitter sering dikaitkan dengan kekurangan konsep bisnes pada lamannya, yang mana menjadikannya tiada sebarang sumber pendapatan selain daripada sumber-sumber wang daripada pelaburan beberapa individu dan syarikat. Namun begitu, ianya mungkin berubah tidak lama lagi, kerana kini, Twitter sedang bereksprementasi dengan konsep pengiklanan teks pada lamannya.


TIPS & ULASAN