Gangguan Celcom Broadband Sehingga 27 Mac

Gangguan Celcom Broadband Sehingga 27 Mac

Diterbitkan pada Mac 25, 2009 oleh .

Mungkin dua tiga hari kebelakangan ini, para pengguna Celcom Broadband menghadapi masalah ketika melayari laman web atau mengakses internet. Masalah mengakses internet ini dijangka berlanjutan sehingga 27 April, 11.59 malam. Ini kerana, Celcom kini dalam peningkatan servis mereka kepada mutu yang lebih baik. Namun begitu, adakah ianya betul-betul menguntungkan para pengguna?

Peningkatan servis tanpa sebarang notis menjadi sebuah masalah utama, apabila tiba-tiba sahaja sambungan menjadi amat lambat, malah beberapa laman web juga tidak boleh diakses buat suatu waktu yang amat lama. Selain itu, Celcom Broadband juga dikaitkan dengan beberapa masalah yang lain. Sebagai contoh, seorang pengguna mendakwa menerima mesej daripada Celcom meminta supaya mengurangkan penggunaan data kerana menghampiri tanda aras 5GB. Tetapi, ketika pendaftaran, Celcom mempromosikannya sebagai penggunaan data tanpa had.

Selain daripada itu, satu alasan yang sering diberikan oleh khidmat pelanggan Celcom sekiranya para pengguna menghadapi masalah sambungan internet adalah hanya satu, iaitu peningkatan servis. Mungkin Celcom patut memberitahu kepada para penggunanya setiap kali terdapat sebarang gangguan, sama seperti mereka memberitahu para pengguna mereka ketika akaun melebihi had.

Ini merupakan salah satu sebab kenapa aMaNz.mY tidak dikemaskini buat tiga hari kebelakangan ini. Terima kasih kepada semua yang menghantar SMS.


TIPS & ULASAN