Gunakan Tema Permainan Kegemaran Anda di iGoogle

Gunakan Tema Permainan Kegemaran Anda di iGoogle

Diterbitkan pada Mac 26, 2009 oleh .

Setelah memperkenalkan fungsi untuk merekabentuk tema iGoogle sendiri, kini Google sekali lagi memperkenalkan perkara baru pada iGoogle. Terkini, mereka memperkenalkan koleksi tema-tema bercirikan permainan elektronik, seperti WarCraft, Mario, MegaMan dan sebagainya, untuk digunakan pada iGoogle anda.

igoogle_gamer
Contoh Tema iGoogle

Untuk membolehkannya menjadi kenyataan, Google telah bekerjasama bersama lebih sembilan penerbit permainan, dan memperkenalkan tema-tema daripada permainan terkini seperti WarCraft dan Spore, sehingga permainan klasik, seperti Galaga.

Selain daripada itu, beberapa permainan kasual secara dalam talian juga dijangka bakal menemui para pengguna iGoogle, seperti permainan Chess, Zynga dan PlayFish. Permainan elektronik telah banyak mengubah penggunaan internet oleh orang ramai, dan Korea adalah antara negara yang paling ramai pemain dalam talian.


TIPS & ULASAN