Cari @ Amanz

Apple mungkin bakal memperkenalkan antaramuka baru bersama-sama dengan Snow Leopard, sistem operasi Mac OS X terkini yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Buat masa ini, antaramuka pengguna ini diberikan nama kod Marble, memperkenalkan rekabentuk yang lebih gelap dan malap berbanding sebelumnya.

marbleapple
Antaramuka Marble Yang Bakal Di Perkenalkan [via]

Ianya dijangkakan Snow Leopard akan dilepaskan dalam tahun ini, antara suku tahun ketiga atau keempat. Tahun ini sahaja memperlihatkan kesemua pembangun sistem operasi memperkenalkan antaramuka yang baru pada sistem operasi mereka. Windows 7 dan Ubuntu 9.04 juga bakal memperkenalkan antaramuka baru pada sistem operasi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd