Cari @ Amanz

Makin hari, Twitter makin mendapat tempat di banyak laman-laman terkemuka. Terkini, YouTube menambah fungsi berkongsi video pada Twitter. Sebelum ini, YouTube ada memperkenalkan fungsi untuk berkongsi video di laman MySpace dan Facebook, dan sebagai pautan ketiga, kini Twitter disertakan.

youtube-twitter-button
Fungsi Berkongsi Pada Laman Sosial Terkemuka, Termasuk Twitter

Dengan klik pada pautan tersebut, ia bakal membuka tetingkap pop-up yang mana membolehkan anda log masuk ke dalam akaun Twitter anda, dan menulis Tweet supaya para pengikut anda turut sama boleh melihat pautan ke video tersebut. Buat masa ini, URL tidak dipendekkan secara automatik lagi, dan mungkin akan di pendekkan tidak lama lagi secara automatik.

Google sendiri mempunyai aplikasi mikro-blog-nya yang tersendiri, iaitu Jaiku, namun ianya tidak mendapat tempat sebagaimana yang diterima Twitter. Baru-baru ini, kod sumber Jaiku diumumkan bakal diedarkan melalui lesen sumber terbuka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd