Cari @ Amanz

Setelah kejayaan BarCampMalaysia pada tahun lepas, kini ianya kembali semula, dengan penjenamaan semula yang mana kini ianya dikenali sebagai BarCampKL yang mana bakal diadakan selama dua hari iaitu daripada 4 April sehingga 5 April di Kolej Inti, Subang Jaya.

barcampkl

Menariknya, lebih banyak topik-topik hebat bakal dibincangkan dan dikongsikan bersama oleh para peserta sepanjang dua hari, beserta dengan pelbagai aktivit menarik yang bakal diadakan sekali. Bagi yang masih tidak mengetahui apa itu BarCamp, ianya merupakan salah satu aktiviti perbincangan yang mana mengumpulkan pelbagai orang daripada pelbagai bidang yang berbeza, dan berkongsi ilmu antara satu sama lain. Lebih menarik lagi, ianya merupakan aktiviti percuma, dan tidak memerlukan walau sesen pun untuk menyertainya. Walaubagaimanapun, oleh kerana tempat adalah terhad, anda diperlukan mendaftarkan diri anda terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd