Windows 7 Sudah Mencecah Build 7070

Windows 7 Sudah Mencecah Build 7070

Diterbitkan pada Mac 30, 2009 oleh .

Nampaknya, Microsoft betul-betul mahukan suatu sistem operasi yang dapat bersaing dengan sihat bersama-sama dengan Mac OS X Snow Leopard dan Ubuntu 9.04 yang bakal dilepaskan tidak lama lagi. Terkini, versi pembangunan 7070 sudah pun mula diedarkan kepada pengguna dalaman di Microsoft.

Windows 7 Build 7070
Windows 7 Build 7070 [via]

Build 7070 telah dihimpunkan pada 24 Mac 2009, dan merupakan antara pembangunan sebelum versi Release Candidate dilepaskan tidak lama lagi. Beberapa ura-ura juga mengatakan bahawa, kini sudah pun terdapat versi pembangunan sehingga Build 7072. Microsoft dijangka bakal memberikan peluang kepada para pengguna untuk mencuba Windows RC secara percuma sama seperti yang mereka lakukan pada Windows 7 Beta sebelum ini. Buat masa ini, versi pembangunan yang sudah pun bocor ke laman-laman torrent adalah Build 7068, dan Build 70XX dijangka bakal turut sama menemui laman-laman torrent tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN