Replies Di Twitter Kini Di Namakan Mentions

Replies Di Twitter Kini Di Namakan Mentions

Diterbitkan pada Mac 31, 2009 oleh .

Setelah 3 tahun beroperasi, hari ini Twitter menamakan fungsi yang dahulunya dikenali sebagai Replies dengan kata pengguna sendiri (@username). Fungsinya masih sama seperti dahulu, iaitu memperlihatkan segala tweet yang dibalas dan ditujukan kepada sesuatu pengguna itu.

Twitter Mention
Replies Dinamakan Semula Sebagai @amanfirdaus

Masih tiada sebarang berita mengenai sebab utama mengenai penamaan semula ini. Mungkin terdapat fungsi baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sejak permulaan lagi, para pengguna sering menggunakan @username untuk menujukan mesej kepada seseorang dengan nama pengguna tersebut. Namun begitu, pada fungsi Replies, ianya hanya memperlihatkan apabila @username digunakan pada permulaan tweet, dan sekiranya ia digunakan pada pertengahan sesuatu tweet, ia tidak memaparkan mesej tersebut di halaman Replies. Kini, melalui fungsi Mentions, kesemua mesej yang mempunyai penggunaan @username pada sebarang bahagian mesej akan memaparkannya di halaman @username. Suatu perkara yang amat dinanti-nanti oleh para pengguna, dan memudahkan para pengguna mengetahui sebarang mesej yang melibatkan mereka.


TIPS & ULASAN