Google Ventures – Modal Usahasama Dari Google

Google Ventures – Modal Usahasama Dari Google

Diterbitkan pada Mac 31, 2009 oleh .

Setelah sekian lama, hari ini Google melancarkan modal usahasamanya tersendiri, yang diberikan nama Google Ventures. FAQ yang disediakan pada laman Google Ventures memperlihatkan bahawa buat masa ini, mereka sanggup membantu sebarang bentuk startup dan sanggup memberikan modal permulaan yang diperlukan oleh sesuatu startup itu.

Google Ventures

Selain itu, mereka juga merancang untuk melibatkan diri dalam pelaburan, supaya ianya boleh memberikan impak semaksimum boleh keatas pengurusan dan inovasi teknologi sesebuah syarikat itu.

Walaupun dengan meminta bantuan daripada Google Ventures, anda terpaksa mungkin berkongsi pendapatan atau ekuiti syarikat, tetapi ianya boleh membantu anda dari pelbagai segi. Sebagai contoh, dengan adanya Google dibelakang anda, ianya serba sedikit dapat membantu anda dalam pemasaran laman atau teknologi baru anda itu.


TIPS & ULASAN