Nampaknya semua syarikat enjin carian baru yang ingin bersaing dengan Google menghadapi masalah. Sebelum ini, ramai pun sudah ketahui berkenaan dengan kegagalan Cuil, walaupun ianya masih berada dalam arena enjin carian. Terbaru, Wikia Search menarik diri daripada industri enjin carian, selepas gagal menarik minat pengguna.
Wikia Search sebelum ini memasuki arena enjin carian dengan membolehkan para pengguna mengubahsuai hasil carian yang dipaparkan dengan memasukkan pautan-pautan baru, selain mengubah kedudukan keputusan carian yang dipaparkan. Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu Google turut sama memperkenalkan fungsi yang serupa melalui fungsi Search Wiki, sekaligus menjadikan Wikia Search tiada fungsi tambahan yang menarik berbanding Google.