Cari @ Amanz

Sama seperti tahun-tahun yang lalu, Google tetap menyediakan beberapa lawak April Fool untuk tahun ini. Ianya dimulakan pada tahun ini, dengan pengenalan Google Chrome dalam bentuk 3D. Melalui suatu kajian yang dilakukan (berkemungkinan besar adalah tidak benar), Google mendapati seramai 81% pengguna rumah mempunyai cermin mata 3D (merah/hijau), dan ianya mungkin kelak boleh digunakan dalam melayari internet dengan Google Chrome.

Google Chrome 3D
Para Penguji Google Chrome 3D

Melalui suatu ujian yang dilakukan oleh Google, yang mana melibatkan 8 orang, ianya memperlihatkan 100% kejayaan dalam penggunaan cermin mata 3D ketika melayari laman web.

Walaupun ianya hanyalah satu lawak April Fool yang disediakan oleh Google, ianya mungkin menarik sekiranya terdapat beberapa laman yang boleh dilayari dengan menggunakan kaca mata 3D.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd