Cari @ Amanz

Kini Google bukan sahaja mampu mengindex kesemua halaman web di internet, malah Google juga sudah mampu mengindex otak anda sekali. Terkini, Google memperkenalkan Brain Search yang mana menggunakan teknologi CADIE untuk mengindex otak dan pemikiran anda, sekaligus membantu anda mengingati beberapa perkara penting.

Untuk menggunakannya, ianya amat mudah. Anda hanya perlu meletakkan telefon bimbit pada kepala anda untuk proses mengindex buat kali pertama. Seterusnya, sekiranya anda ingin melakukan carian dan sebagainya, anda hanya perlu meletakkan telefon bimbit yang sama dan letakkan pada kepala anda, seterusnya fikirkan perkara yang ingin anda cari.

Mungkin ramai fikirkan ianya tidak logik. Ya. Ianya memang tidak logik, kerana ianya merupakan salah satu lawak April Fool Google selain daripada pengenalan Chrome dalam bentuk 3D. Selain daripada ini, lagi satu lawak yang berkaitan dengannya adalah dimana dikatakan Google sedang membangunkan laptop berharga $100 yang mana mempunyai cip untuk membaca gelombang otak, sekaligus boleh mengindex otak dan pemikiran seseorang. Menarik bukan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd