Carian
Teknologi dan April Fool Untuk Tahun 2009
April 1, 2009 Aman

Hari ini sahaja, banyak syarikat berasaskan internet dan sebagainya mereka cerita mereka yang tersendiri untuk memperkenakan para pengguna sempena dengan tarikh 1 April yang dikaitkan dengan April Fool. Walaupun ianya kurang baik, dan bertentangan dengan budaya kita, teknologi-teknologi yang diperkenalkan pada April Fool kali ini agak menarik berbanding dengan tahun-tahun yang lalu.

  1. Microsoft memperkenalkan kebolehan untuk mengetahui perasaan secara automatik pada Windows Live Messenger.
  2. Google memperkenalkan fungsi AutoPilot pada GMail.
  3. Warner Bros membeli The Pirate Bay.
  4. Opera memperkenalkan Face Gestures.
  5. YouTube memperkenalkan kebolehan untuk menonton video dalam keadaan terbalik.
  6. Yahoo! memperkenalkan pencarian ideologi.
  7. Woopra memperkenalkan fungsi spy webcam untuk laman web.
  8. Sering kehabisan kredit pada telefon bimbit anda? Mungkin anda harus gunakan telefon bimbit yang beroperasi menggunakan syiling.
  9. Ford dan GM dikatakan sedang membangunkan kereta Android.

Kredit : TechCrunch

Komen