Cuil Memperkenalkan Fungsi Timeline View

Cuil Memperkenalkan Fungsi Timeline View

Diterbitkan pada Apr 2, 2009 oleh .

Ingatkah lagi anda dengan enjin carian Cuil? Hari ini, mereka memperkenalkan fungsi timeline untuk sesetengah carian yang dilakukan pada enjin carian mereka. Timeline tersebut diperlihatkan di kotak bahagian kanan, dalam suatu bentuk yang amat menarik. Antara carian yang memperlihatkan kotak timeline adalah untuk carian berkaitan orang seperti Anwar Ibrahim, Najib Razak, dan juga carian berkaitan tempat, seperti Madison Square Garden.

Cuil - Timeline
Kotak Timeline Yang Di Perlihatkan Di Bahagian Kanan

Selain daripada itu, beberapa carian bersejarah seperti Great Depression juga turut sama memperlihatkan kotak timeline, sekaligus memudahkan para pengguna memahami sesuatu fakta sejarah dan sebagainya. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan saiz timeline yang kecil, anda boleh membesarkannya dengan mudah, dan ianya akan dibesarkan dengan serta-merta, hasil penggunaan JavaScript dan AJAX.

Sebelum ini, Google turut sama telah bereksprementasi dalam memperlihatkan hasil carian dalam bentuk timeline. Namun begitu, cara hasil carian berbentuk timeline yang dipaparkan pada Cuil kelihatan lebih interaktif dan menarik.


TIPS & ULASAN