Twitter Memperkenalkan Enjin Penemuan

Twitter Memperkenalkan Enjin Penemuan

Diterbitkan pada Apr 2, 2009 oleh .

Twitter semakin hari semakin menambah baik fungsi dan penggunaan laman mereka. Terbaru, Twitter memperkenalkan fungsi carian yang lebih menarik, yang mana dipanggil sebagai “Discovery Engine”, selain memperkenalkan beberapa fungsi tambahan seperti kebolehan untuk menyimpan carian, selain fungsi melihat trend pada Twitter.

Twitter Baru
Sketch Rekabentuk Twitter Yang Baru [via]

Buat masa ini, ianya masih belum lagi diintegrasikan kepada semua akaun pengguna. Namun begitu, ianya dijangka akan menemui kesemua pengguna dalam masa terdekat ini. Melalui rekabentuk laman yang baru ini, kotak carian disertakan pada bahagian kanan laman Twitter, membolehkan pengguna membuat carian serta merta, tanpa perlu melalui pautan “Search” seperti sebelumnya. Selain itu, kini keputusan carian juga tidak lagi dipaparkan pada halaman berasingan seperti dahulu, tetapi diperlihatkan pada rekabentuk halaman Twitter anda.

Selain itu, kini anda boleh menyimpan kata kunci carian anda, dan amat berguna sekiranya anda ingin membuat carian yang sama berkali-kali. Selain itu, Twitter juga bakal memperlihatkan topik-topik yang menarik (trend) dibawah kotak carian, sekaligus memudahkan para pengguna Twitter mengetahui topik-topik hangat yang sedang diperbincangkan oleh para penggunanya.


TIPS & ULASAN