Cari @ Amanz

Hari ini, Michael Arrington melaporkan yang mana terdapat ura-ura dan beberapa sumber yang mengatakan Google dalam perbincangan untuk memiliki laman mikro-blogging yang disukai ramai – Twitter. Sebelum ini, Facebook pernah menawarkan diri untuk memiliki Twitter, namun ianya ditolak oleh Twitter.

Sekiranya pemilikkan ini terjadi, Google bakal membayar dalam bentuk saham awam dan juga wang tunai kepada para pemiliknya. Menariknya, sekiranya penjualan ini terjadi, ianya bakal menjadikan jualan kedua aset milik Evan Williams dan Biz Stone. Sebelum ini, mereka telah menjual platform blog kesukaan ramai, Blogger kepada Google.

Sekiranya perkara ini terjadi, perkara utama yang bakal kita lihat ialah, Google bakal mengintegrasikan kebolehan untuk membuat carian masa nyata pada laman mereka. Selain itu, Google yang sememangnya mempunyai pelbagai idea, mungkin boleh menyumbangkannya kepada Twitter, supaya mereka menemui cara membuat duit yang efektif melalui laman mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd