Telekom Malaysia sekali lagi mengumumkan berkenaan dengan gangguan khidmat dan servis internet mereka disebabkan gangguan sambungan kabel SMW3, yang mana melibatkan antara Tuas, Singapura dan Pulau Pinang, menyambungkan Malaysia ke Hong Kong dan Amerika Syarikat. Kesan daripadanya, para pengguna bakal mengalami kelembapan apabila melayari laman-laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat dan Hong Kong.
Selain daripada itu, para pelanggan yang menggunakan perkhidmatan IP seperti VPN (Virtual Private Network) dan sebarang aplikasi yang melibatkan Amerika Syarikat dan Hong Kong akan turut sama mengalami gangguan.
Proses membaiki kabel sudah pun dalam proses. Ianya dijangka kesemua sambungan kembali pulih seperti biasa mulai 5 April 2009, dan pengumuman seterusnya akan diumumkan sebaik sahaja proses membaiki selesai.