Selepas membuat pengumuman berkenaan penamaan semula angka versi Firefox 3.1 kepada Firefox 3.5, kini Mozilla bergerak selangkah lagi kehadapan dalam pembangunan pelayar web sumber terbukanya itu. Versi seterusnya, akan diberi nama kod Namoroka, dan angka versi yang bakal digunakan dijangka adalah Firefox 3.6.
Firefox 3.6 bakal menggunakan enjin Gecko 1.9.2, dan dijangka akan menemui para pengguna pada awal tahun 2010. Menurut Mozilla, pembangunan Namoroka bakal memberikan perhatian yang serius kepada 4 perkara, iaitu Performance, Personalization & Customization, Task Based Navigation, dan sokongan aplikasi web.
Mozilla Minefield Terbaru
Buat masa ini, Firefox sedang dalam pembangunan Firefox 3.5, yang mana akan menemui para pengguna tidak lama lagi. Anda boleh memuat-turun dan mencuba versi Beta Firefox 3.5, selain mencuba Mozilla Minefield, yang mana menggunakan angka versi 3.6.