Walaupun masih terdapat beberapa jam lagi untuk BarCampKL dimulakan, pihak penganjurnya sudah pun mula memuat-naik beberapa slide yang mana bakal dibentangkan oleh para penyampai mereka untuk sama-sama berkongsi maklumat dan info bersama para hadirin. BarCampKL diadakan di Kolej Inti, Subang Jaya bermula pukul 9.00 pagi hari ini.
Melalui halaman SlideShare, mereka yang berkaitan sudah pun mula memuat-naik beberapa fail presentation sejak dua hari yang lepas. Buat masa ini, terdapat lebih kurang 5 slide, dan ianya dijangka akan dikemaskini dari masa ke semasa.
BarCampKL 0409 Hacker Space KL
Salah satu slide yang dikongsikan bersama
BarCampKL merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan secara terbuka, membolehkan sesiapa sahaja menyampaikan maklumat dan berkongsi info, selain berbincang dan berkongsi idea bersama-sama para peserta secara terbuka. Ianya bukan sahaja untuk orang yang minat ke arah teknologi dan komputer, malah pelbagai topik yang dibincangkan, termasuk berkenaan dengan keusahawanan.
Selain daripada itu, anda juga boleh mengikuti BarCampKL melalui Twitter, dan insyaallah, aMaNz akan menyediakan beberapa artikel berkaitan BarCampKL untuk tatapan bersama.