Microsoft Mengambil Alih Domain Bing.com

Microsoft Mengambil Alih Domain Bing.com

Diterbitkan pada Apr 5, 2009 oleh .

Mungkin ramai sudah sedia maklum berkenaan dengan hajat Microsoft yang ingin menjenamakan enjin carian mereka kepada nama baru, dan Kumo.com dikatakan bakal menjadi nama baru untuk enjin carian mereka itu. Beberapa paparan antaramuka dengan logo Kumo.com juga sudah mula kelihatan di internet. Tetapi, kini timbul perkara baru, bahawa Bing.com juga berkemungkinan menjadi nama baru enjin carian mereka.

Selain daripada Bing dan Kumo, Hook juga dikatakan salah satu nama yang berkemungkinan digunakan dalam penjenamaan semula enjin carian mereka. Menariknya, pada awal bulan Mac yang lalu, Microsoft telah pun mefailkan dua penggunaan hak cipta atas nama Bing. Satu adalah sebagai laman web dengan pautan kepada informasi geografi, imej peta, dan laluan pelancongan, sekaligus memperlihatkan Bing sebagai sesuatu aplikasi yang berkait-rapat dengan aplikasi peta. Selain daripada itu, Bing juga dihakciptakan sebagai aplikasi enjin carian komputer, memperlihatkannya sebagai sebuah enjin carian.

Jadi, apakah itu Bing?

Kemaskini : Bing.com.my turut sama telah didaftarkan oleh Microsoft Malaysia. Walaubagaimanapun, Bing.my telah didaftarkan pada penghujung bulan Februari dan ditujukan ke laman Life.Name.My


TIPS & ULASAN