Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sudah ketahui berkenaan dengan ura-ura Google ingin membeli Twitter. Menariknya, Slate telah menyediakan sebuah video khas berkenaan dengan sebuah servis fantasi yang diberikan nama Flutter sebagai pesaing Twitter. Flutter ini juga dipanggil sebagai servis nano-blogging, berbeza dengan Twiiter yang dipanggil mikro-blogging.

flutter_condense

Sekiranya dalam Twitter, pengguna dapat mengemaskini status mereka dalam 140 huruf, melalui Flutter, mereka hanya mendapat ruangan sebanyak 26 huruf, sekaligus menjadikan setiap kemaskini lebih bermakna dan ringkas.

Cermin Mata @Flutter

Selain itu, beberapa gajet yang diperlihatkan juga agak menarik dan mencuit hati, contohnya seperti penggunaan cermin mata untuk mengetahui kemaskini Flutter rakan-rakan yang lain.

Jadi, apakah pendapat anda berkenaan konsep servis nano-blogging ini?

Kredit : Ahmad Amir

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd