Cari @ Amanz

Selepas Facebook mengubah rekabentuk laman mereka, kini tiba masanya pula untuk FriendFeed mengubah rekabentuk laman mereka. Tujuan utama perubahan rekabentuk baru ini adalah supaya FriendFeed mempunyai fungsi masa-nyata yang lebih interaktif berbanding sebelumnya, yang mana kini ianya lebih seperti sebuah bilik sembang. Walaubagaimanapun, fungsi masa-nyata ini boleh ditutup, dan anda boleh refresh hanya bila perlu sahaja.

FriendFeed Baru
Rekabentuk Baru Laman FriendFeed [via]

Selain daripada itu, laman FriendFeed juga memperkenalkan fungsi carian yang lebih bagus berbanding sebelumnya. Kini, ianya lebih mudah untuk anda membuat sebarang carian artikel yang dikehendaki. Anda juga boleh membuat pilihan untuk membuat carian pada rakan-rakan anda sahaja ataupun pada keseluruhan laman FriendFeed.

Selain itu, FriendFeed juga memperkenalkan fungsi baru yang mana membolehkan anda menghantar mesej terus kepada satu atau lebih pengguna dengan mudah. Menariknya, anda juga boleh turut menghantanya kepada pengguna di luar FriendFeed, seperti kepada Twitter dan sebagainya, dan sebarang balasan kepada mesej tersebut akan diperlihatkan didalam akaun FriendFeed anda.

Walaubagaimanapun, satu kekurangan yang masih terdapat pada laman FriendFeed adalah penggunaan warna, yang mana masih tidak begitu menarik perhatian. Mungkin pihak mereka perlu memberi perhatian lanjut berkenaan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd