Muat-Turun Filem X-Men Menjangkaui Nilai Satu Juta

Muat-Turun Filem X-Men Menjangkaui Nilai Satu Juta

Diterbitkan pada Apr 7, 2009 oleh .

Mungkin buat masa ini, ramai kaki muat-turun sudah pun selesai menonton filem X-Men Origins : Wolverine yang masih belum siap sepenuhnya, ataupun yang mana dilabelkan sebagai Work Print. Menurut Torrent Freak, filem tersebut sudah pun dimuat-turun lebih sejuta kali oleh para pengguna BitTorrent, walaupun ianya masih belum lagi ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Buat masa ini, filem tersebut mendahului kesemua carta laman-laman torrent termasuk The Pirate Bay, sebagai filem yang dicari-cari oleh para pengguna. Walaupun, 20th Century Fox telah menghantar notis supaya membuang torrent filem tersebut, ianya masih tidak berhasil. Ini kerana belum sempat fail torrent yang lama dibuang, fail torrent yang baru akan dimuat-naik oleh para pengguna, menjadikannya agak sukar untuk dikawal.

Tetapi, menariknya, ianya dijangka bukan membawa kerugian, tetapi sebaliknya – keuntungan. Daripada suatu bancian yang dijalankan, lebih 40% pengguna yang telah memuat-turun filem tersebut mengatakan bahawa mereka akan ke pawagam untuk menonton filem tersebut untuk melihat keseluruhan efek pada filem tersebut. Jadi, adakah ianya salah satu cara pemasaran yang dijalankan oleh 20th Century Fox, ataupun ianya hanya kebetulan?


TIPS & ULASAN