Carian
Kemaskini Dari Win 7 Beta Ke RC Di Halang
April 8, 2009 Aman

Untuk pembangunan Windows 7 seterusnya, Microsoft meminta para pengguna yang menggunakan Windows 7 versi Beta dan Pre-RC supaya tidak mengemaskini sistem operasi mereka terus kepada Windows 7 RC, sebaliknya meminta mereka menaik-taraf sistem operasi mereka daripada Windows Vista ataupun membuat pemasangan Windows 7 yang baru.

Salah satu sebabnya Microsoft meminta berbuat demikian adalah kerana mereka perlukan percubaan senario melalui pemasangan Windows 7 RC. Selain daripada itu, Microsoft juga telah memadam fungsi mengemas-kini versi Beta dan Pre-RC kepada Windows 7 RC, dan segala percubaan untuk menaik-taraf daripada versi Windows 7 sebelumnya akan gagal.

Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengemas-kini Windows 7 Beta dan Pre-RC anda melalui beberapa cara, dan salah satunya adalah seperti berikut:

  1. Muat-Turun ISO Windows 7 RC dan burn pada DVD
  2. Salin keseluruhan data ke lokasi simpanan anda, seperti ThumbDrive dan sebagainya.
  3. Lihat dan buka fail cversion.ini melalui Notepad.
  4. Ubah versi MinClient kepada versi yang lebih rendah, seperti mengubahnya daripada 7070 kepada 7000.
  5. Simpan (Save) fail tersebut dengan nama yang sama – cversion.ini.
  6. Jalankan proses pemasangan seperti biasa.
Komen