Cari @ Amanz

Yahoo! telah pun melancarkan kembali versi terbaru Yahoo! Music pada minggu ini dengan pelbagai fungsi-fungsi baru dan pautan ke laman pihak ketiga yang disusun dengan menarik sekali. Sekiranya anda membuat carian sesuatu lagu atau artis, anda akan disajikan dengan hasil carian yang berkaitan dan pautan terus ke laman pihak ketiga seperti Last.FM, Flickr, YouTube dan banyak lagi.

Yahoo! Music
Antaramuka Laman Yahoo! Music Baru

Tidak kurang dengan itu, kini Yahoo! Music juga turut membuat pautan terus ke laman-laman yang menjual muzik dan lagu, seperti laman Amazon dan iTunes. Dengan berbuat demikian, kini Yahoo! tidak lagi perlu bimbang soal hak cipta dan sebagainya, dan hanya fokuskan kepada pembangunan laman mereka sahaja. Dengan ini juga, Yahoo! dapat mengelakkan diri daripada menanggung kos-kos yang tidak berkaitan sekaligus memaksimakan pendapatan mereka.

Selain daripada itu, Yahoo! juga dalam perancangan untuk memperkenalkan API untuk membolehkan laman-laman muzik lain dapat membangunkan aplikasi dan mengintegrasikannya bersama laman Yahoo! Music.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd