Aplikasi Desktop-Web Keutamaan Firefox 3.6 (Namoroka)

Aplikasi Desktop-Web Keutamaan Firefox 3.6 (Namoroka)

Diterbitkan pada Apr 8, 2009 oleh .

Dengan Firefox 3.5 yang bakal dilepaskan tidak lama lagi, Mozilla sudah pun menetapkan sasaran untuk Firefox 3.6 yang dijangka akan dilepaskan pada tahun hadapan. Salah satu fungsi baru yang bakal diperkenalkan pada Firefox 3.6 adalah kebolehan untuk memasang tema dan plugin tanpa keperluan untuk memulakan semula pelayar web Firefox anda, seperti sebelumnya.

AeroPeek
Sokongan Terbatas AeroPeek Tidak Memperlihatkan Tab Firefox [via]

Selain daripada itu, beberapa fungsi baru yang dalam perancangan untuk diperkenalkan pada Firefox 3.6 adalah:

  • Kebolehan untuk membina dan menyimpan tab dalam bentuk kumpulan (group tabs)
  • Tema baru untuk Windows yang mana bakal menggunakan antaramuka Aero Glass.
  • Antaramuka yang lebih menarik untuk memuat-naik fail.
  • Peningkatan prestasi, serta masa memulakan pelayar web yang dipertingkatkan.
  • Kebolehan untuk mengubah halaman web kepada aplikasi desktop seperti yang boleh dilakukan melalui Mozilla Prism.
  • Halaman baru about:me yang mana bakal memperlihatkan statistik asas berkenaan dengan kelakuan pelayaran web anda.
  • Halaman tab baru yang diperkemaskini.

Mozilla menjangkakan masa lebih kurang 10 bulan untuk setiap keluaran, dan ianya dijangka Firefox 3.6 menemui para pengguna pada bulan Mei 2010.


TIPS & ULASAN