Cari @ Amanz

Google telah mengumumkan bahawa kini mereka telah menambah sokongan Java untuk App Engine, salah satu servis untuk menjalankan perisian dan aplikasi pada infrastruktur Google sendiri. Sebelum ini, Google hanya menyokong aplikasi yang ditulis menggunakan Python, salah satu bahasa pengaturcaraan yang popular dikalangan pembangun enjin carian Google, tetapi tidak digunakan di dunia luar.

Walaubagaimanapun, setelah diminta oleh ramai pengguna, Google akhirnya memperkenalkan Java, yang mana sering digunakan dalam perisian server organisasi besar. Selain daripada itu, Google turut memperkenalkan fungsi “cron” yang mana membolehkan para pengguna dan pembangun merancang terlebih dahulu, dan melakukan sesuatu kerja pada suatu jangka masa yang ditetapkan, seperti secara mingguan dan sebagainya.

Sokongan Java masih lagi dalam fasa percubaan, supaya Google boleh mengenalpasti sebarang masalah dengan aplikasi pembangunan Java yang digunapakai pada masa kini. Buat masa ini, semua aplikasi Java akan diubah kepada bentuk bytecode, yang mana sekaligus membolehkan penggunaan Ruby dan JavaScript yang mana turut boleh digunakan pada App Engine, walaupun mungkin terdapat sedikit masalah dalam penggunaannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd