MalaysiaKini Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Baru

MalaysiaKini Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Baru

Diterbitkan pada Apr 9, 2009 oleh .

Selepas hampir sepuluh tahun beroperasi, kini MalaysiaKini berjaya menarik lebih 250,000 pembaca setiap hari, sekaligus menjadikannya sebagai laman tempatan nombor satu di Malaysia, meninggalkan laman-laman berita yang lain termasuk The Star dan Utusan Malaysia. Kini, sudah terdapat lebih 100,000 laporan di laman MalaysiaKini.

MalaysiaKini
Antaramuka MalaysiaKini Pada Tahun 1999

MalaysiaKini dahulunya dimulakan dengan idea yang mudah dan ringkas. Ketika dimulakan, MalaysiaKini hanya mempunyai 6 orang pekerja selain sukarelawan, ketika pilihan raya tahun 1999. Dalam sembilan bulan pelancaran sahaja, MalaysiaKini sudah mempunyai lebih 100,000 pembaca harian. Pada awal tahu 2002, MalaysiaKini mula memperkenalkan sistem langganan, yang mana ketika itu hanya bernilai RM10 untuk sebulan. Hanya lebih kurang 1000 pembaca daripada 100,000 pembaca yang melanggan ketika itu.

Walaubagaimanapun, orang yang melanggan pada MalaysiaKini mula meningkat hari demi hari, dan pada tahun 2004, MalaysiaKini versi Bahasa Malaysia diperkenalkan diikuti dengan versi Bahasa Cina pada tahun 2005. Pada tahun 2006 pula, mereka memperkenalkan MalaysiaKini.TV. Ianya diikuti dengan versi Bahasa Tamil setahun kemudian, hasil kerjasama bersama majalah mingguaan Sembaruthi.

Pada pengumumman keputusan pilihan-raya lepas sahaja, MalaysiaKini dikunjungi lebih 500,000 pembaca antara pukul 10.00 malam hingga 11.00 malam. Melalui penggunaan Google Analytics, didapati bahawa MalaysiaKini mempunyai purata pengunjung lebih kurang 250,000 setiap hari.

Untuk ulang tahun ke-10 MalaysiaKini, ianya bakal memperkenalkan rekabentuk dan antaramuka baru pada laman webnya, selain pengintegrasian dengan teknologi terkini pada lamannya. Sama-sama kita nantikannya bulan November ini.


TIPS & ULASAN