Cari @ Amanz

Virtual Earth 3D versi terkini, iaitu versi 4.0 sudah pun dilepaskan oleh Microsoft, yang mana memperkenalkan beberapa perubahan pada platform carian peta dan lokasi. Walaubagaimanapun, versi terkini Virtual Eath 3D ini tidak memperkenalkan sebarang fungsi baru atau perubahan yang drastik. Ianya lebih kepada peningkatan prestasi, disamping menyelesaikan beberapa masalah yang telah dikenal pasti pada versi sebelum ini.

Melalui versi 4.0, kini anda boleh melihat bentuk muka bumi dengan lebih jelas dan terang tidak kira dari sudut mana anda melihatnya berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, fungsi ini ditutup secara asasnya, supaya Virtual Earth 3D dapat disesuaikan dengan pelbagai jenis kad grafik. Sekiranya fungsi ini diaktifkan, anda dapat melihat gambaran bumi dalam kadar yang amat tinggi, dan lebih jelas lagi.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat percubaan, untuk mengenal pasti sebarang masalah baru, sebelum versi penuh dilepaskan tidak lama lagi. Untuk mencubanya. anda hanya perlu ke maps.live.com dan klik pada pautan 3D. Selain Virtual Earth, anda juga boleh mencuba aplikasi Google Earth, yang mana baru-baru ini memperkenalkan fungsi untuk melihat pandangan di dasar laut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd