Carian
Pengasas Skype Ingin Membeli Skype Semula
April 13, 2009 Aman

Minggu lepas, New York Times melaporkan, pengasas Skype, Niklas Znnstorm dan Janus Friis ingin membeli semula Skype daripada E-Bay, dan dalam proses mengumpul wang dengan berbincang dengan beberapa firma ekuiti. Sebelum ini, e-Bay telah membeli Skype daripada mereka berdua pada harga lebih kurang $3 billion pada tahun 2005. Walaubagaimanapun, sehingga kini, e-Bay gagal mengintegrasikan servis Skype ke dalam e-Bay.

Skype 4.0
Antaramuka Skype Untuk Windows 4.0

Sebelum ini, Skype dikatakan bakal dibeli oleh Google, namun perkara tersebut senyap begitu sahaja, sebelum Google melancarkan Google Voice sebagai pesaing kepada Skype. Malah sebelum ini pun, para pengguna sudah boleh membuat panggilan melalui GTalk, yang mana lebih jelas daripada panggilan yang dibuat melalui Yahoo! Messenger. Namun begitu, Skype tetap menjadi pilihan utama untuk membuat panggilan melalui internet.

Komen