Cari @ Amanz

Sekiranya sebelum ini kita dengar berkenaan pengasas Skype ingin membeli semula Skype daripada eBay, hari ini kita dikejutkan dengan berita pengasas StumbleUpon yang sudah pun membeli kembali StumbleUpon daripada eBay. Kehidupan baru StumbleUpon dimulakan dengan bantuan beberapa syarikat modal usahasama.

Sebelum ini, eBay telah membeli StumbleUpon pada harga $75 juta pada tahun 2007. Walaubagaimanapun, pembelian StumbleUpon kelihatan seperti tiada kaitan dengan visi utama eBay yang mana ianya merupakan salah satu laman lelong terbesar di dunia. Buat masa kini, StumbleUpon mempunyai lebih 7.4 juta pengguna, disamping lebih 425 juta laman yang dilawati melaluinya setiap bulan. StumbleUpon merupakan salah satu laman yang boleh dirujuk sekiranya anda ingin mencari artikel-artikel dan info-info berguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd