Carian
Google Profiles Memperkenalkan Pautan Peribadi
April 15, 2009 Aman

Setelah memperkenalkan Google Profiles tidak lama dahulu, kini Google berhasrat menjadikannya sebagai laman yang lebih sosial, dengan menjadikannya sebagai suatu laman profail yang digunakan ramai. Sebagai langkah permulaan, kini anda boleh mendapatkan halaman profail Google anda dengan bentuk pautan yang menarik, sama seperti yang di gunapakai di YouTube, Picasa dan sebagainya.

Kini, anda boleh memilih untuk menetapkan pilihan bentuk pautan anda, sama ada dalam bentuk angka, ataupun menggunakan nama pengguna GMail anda. Penggunaan URL diperkenalkan sama seperti yang digunakan pada laman-laman sosial yang lain seperti di Friendster dan MySpace.

Google Profiles
Tetapan Pautan Pada Google Profiles

Untuk mula mengaktifkan penggunaan URL peribadi anda, anda boleh ke halaman Google Profiles. Buat masa ini, kebanyakkan laman-laman sosial terkemuka menggunakan URL bentuk peribadi seperti yang diperkenalkan oleh Google ini, tetapi hanya Facebook sahaja masih tidak lagi memperkenalkan fungsi seperti ini lagi.

Komen