Chrome 2.0.174.0 Memperkenalkan Pengurusan Tab

Chrome 2.0.174.0 Memperkenalkan Pengurusan Tab

Diterbitkan pada Apr 17, 2009 oleh .

Sebelum ini, pelayar web daripada Google yang sedang meningkat naik popularitinya, Google Chrome dikenali oleh kerana halaman tab baru yang mana memperlihatkan thumbnail laman-laman yang sering dilawati dalam suatu bentuk yang amat interaktif. Melalui kemaskini terkini, Google Chrome 2.0.174.0 membolehkan para pengguna membuang fungsi thumbnail pada halaman tab baru.

Sebelum ini, Google juga membawakan fungsi halaman tab baru yang sama seperti Chrome khas untuk pelayar web Internet Explorer dan juga Mozilla Firefox melalui penggunaan Google Toolbar. Walaupun terdapat beberapa pengguna yang menggemari fungsi tersebut, terdapat juga yang kurang menggemari fungsi tersebut. Melalui panel pengurusan tab, anda boleh membuang pilihan untuk memperlihatkan thumbnail laman web yang sering dilawati pada halaman tab baru, sekaligus memberikan anda lebih kawalan kepada pelayar web anda.

Selain daripada itu, Chrome 2.0.174.0 juga memperkenalkan fungsi “Undo Close Tab” yang mana membolehkan anda membuka kembali tab yang telah ditutup oleh anda secara tidak sengaja dengan lebih mudah. Sebelum ini, sekiranya anda tertutup sesuatu tab itu, anda perlu klik pada halaman tab baru, dan seterusnya membuat pilihan halaman tab yang telah ditutup oleh anda dibawah pautan “Recently Closed Tab.”

Bersama-sama dengan Chrome 2.0.174.0 untuk pembangun, versi Google Chrome 2.0 Beta juga mendapat sedikit kemaskini pada minggu ini, yang mana membawakan pelayar web yang telah dicuba terlebih dahulu kepada para pengguna biasa.


TIPS & ULASAN