Adobe Membawa Flash Ke Kaca TV

Adobe Membawa Flash Ke Kaca TV

Diterbitkan pada Apr 20, 2009 oleh .

Sekiranya sebelum ini Yahoo! bercadang membawa internet ke ruang tamu anda, kini Adobe pula sedang berusaha untuk membawa platform Flash ke ruang tamu anda, dengan mengumumkan versi khas Flash untuk televisyen. Flash kini terdapat pada setiap komputer di seluruh dunia, malah menjadi saingan sengit produk Microsoft, iaitu Silverlight.

Flash Lite Untuk Televisyen

Untuk merealisasikannya, Adobe telah mengumumkan kerjasama bersama beberapa pengeluar chip terkemuka, seperti Broadcom, Intel, Sigma Designs dan banyak lagi. Selain daripada itu, Adobe juga bakal bekerjasama bersama Comcast, Disney, Netflix dan banyak lagi untuk menjadikan Flash pada televisyen suatu kenyataan.

Menariknya, framework terbuka Adobe yang sedia ada, bakal menyokong aplikasi Flash yang sedia ada, yang mana mungkin serba sedikit memberikannya kelebihan berbanding Yahoo! yang turut sama merancang membawa widget ke kaca televisyen pengguna. Ianya juga sekaligus bakal menjadikan Flash sebagai antara aplikasi utama yang diguna pakai ramai, dan mengetepikan pesain terdekatnya, Silverlight.


TIPS & ULASAN