Windows 7 RC Bakal Di Lepaskan Pada 5 Mei

Windows 7 RC Bakal Di Lepaskan Pada 5 Mei

Diterbitkan pada Apr 21, 2009 oleh .

Selepas tarikh keluaran Windows 7 RC menjadi teka-teki, kini beberapa laporan memperlihatkan Windows 7 RC bakal dilepaskan secara rasmi pada 5 Mei 2009. Satu halaman khas telah disediakan pada laman portal rakan Microsoft, yang mana mengatakan mereka sudah boleh memuat-turun Windows 7 RC.

Windows 7 RC
Halaman Windows 7 RC [via]

Walaubagaimanapun, pautan tersebut masih membawa kepada laman muat-turun Windows 7 Beta sahaja, dan ianya masih belum dikemaskini lagi. Sama seperti versi Beta, Microsoft juga bercadang untuk membolehkan kesemua pengguna diseluruh dunia untuk memuat-turun Windows 7 RC pada suatu tarikh yang bakal diumumkan kelak. Pada 5 Mei 2009, para pembangun dan rakan niaga Microsoft bakal boleh mencuba Windows 7 RC terlebih dahulu sebelum ianya dilepaskan pada para pengguna.

Microsoft juga sebelum ini telah meminta para pengguna untuk memasang semula Windows 7 RC sebagai pemasangan baru, dan tidak mengemaskininya, walaupun terdapat beberapa cara untuk mengemaskini pemasangan Windows 7 Beta.

Bagi yang masih belum mencuba Windows 7, anda tidak perlu untuk memuat-turunnya melalui laman torrent, kerana tidak lama lagi, Microsoft bakal membolehkan para pengguna memuat-turun secara percuma melalui laman mereka, sama seperti yang mereka lakukan ketika versi Beta dahulu. Fungsi baru Windows 7 RC juga telah didedahkan Microsoft sebelum ini, ketika Windows 7 RC masih lagi dalam peringkat pembangunan.


TIPS & ULASAN