Google Memperkenalkan Semula Google Labs

Google Memperkenalkan Semula Google Labs

Diterbitkan pada Apr 21, 2009 oleh .

Hari ini, Google memperkenalkan semula laman Google Labs miliknya, satu halaman dimana anda boleh melihat eksperimen terbaru dan fungsi terkini untuk enjin carian, dan aplikasi-aplikasi lain yang dibangunkan oleh Google. Selain daripada itu, Google juga memperkenalkan dua fungsi baru sebagai pengenalan Google Labs yang baru ini, iaitu Similar Images dan juga Google News Timeline.

Melalui fungsi News Timeline, Google memperlihatkan hasil carian Google News dalam bentuk kronologi masa. Anda boleh zoom masuk atau keluar, dan memahami sesuatu berita dengan lebih mendalam lagi. Anda juga boleh melihat penggunaan sesuatu kata kunci itu mengikut skala masa, samaada hari, minggu, bulan, tahun dan sebagainya.

Similar Images
Fungsi Similar Images Pada Google Labs

Fungsi Similar Images pula memperlihatkan suatu pautan khas dibawah beberapa gambar, dan sekiranya anda klik padanya, ianya seterusnya akan memaparkan gambar-gambar dan imej yang kelihatan lebih kurang sepertinya. Fungsi ini mungkin akan diintergrasikan kedalam enjin carian Google Image tidak lama lagi, disebabkan fungsinya yang amat menarik, dan mendapat pandangan positif daripada pelbagai pengguna.

Mungkin pada masa akan datang, Google akan memperkenalkan banyak lagi fungsi-fungsi dan aplikasi eksperimental yang baru, sebelum ianya diintegrasikan ke dalam produk utama Google.


TIPS & ULASAN