Automattic Kini Pemilik Baru Blo.gs

Automattic Kini Pemilik Baru Blo.gs

Diterbitkan pada Apr 21, 2009 oleh .

Sekiranya anda sudah lama menulis blog dan menggunakan servis kemaskini ping, seperti Technorati, Ping-O-Matic dan sebagainya, mungkin anda pernah terdengar akan Blo.gs milik Yahoo!. Mulai hari ini, Automattic mengambil alih Blo.gs daripada Yahoo! dan bakal memperkenalkan perkara baru padanya tidak lama lagi.

Automattic memang terkenal dengan aplikasi berasaskan blog yang digunakan ramai, iaitu WordPress, disamping penyediaan servis blog melalui WordPress.com dan beberapa servis berkaitan seperti Akismet, Intense Debate, Poll Daddy dan banyak lagi. Mungkin mereka kini sudah ada rancangan untuk membangunkan Blo.gs dan bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru melaluinya yang mana sama-sama membawa manfaat kepada komuniti penulis blog seluruh dunia.

Sebelum ini, Blo.gs dibangunkan oleh Jim Winstead yang mana kemudiannya dimiliki oleh Yahoo! pada bulan Jun 2005.


TIPS & ULASAN