Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan fungsi URL peribadi untuk Google Profiles pada minggu lepas, kini Google mula mengintegrasikan carian profail pada enjin cariannya. Sekiranya anda melakukan carian nama pada Google, anda akan dihidangkan dengan hasil carian daripada Google Profile, sekaligus memudahkan anda untuk mencari dan menghubungi seseorang yang mungkin anda tercari-cari.

Google Me
Contoh Keputusan Hasil Carian Untuk Carian Nama

Sebagai tambahan, Google juge menyertakan pautan ke laman-laman sosial yang lain seperti Facebook dan LinkedIN supaya memudahkan pengguna yang dicari dapat ditemui dengan lebih mudah lagi. Walaubagaimanapun, bukan kesemua carian nama memperlihatkan hasil carian dari Google Profiles. Ini mungkin kerana, Google baru sahaja mengintegrasikan fungsi ini, dan mungkin tidak lama lagi, kesemua carian nama akan memperlihatkan keputusan daripada Google Profiles.

Sekiranya anda masih tidak mempunyai Google Profile anda sendiri, anda boleh mendaftarkan diri, dan seterusnya mendapatkan URL peribadi anda ke Google Profiles, seterusnya menyenaraikan diri anda di enjin carian Google dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd