Yahoo! Menamatkan Servis Hosting Percuma – GeoCities

Yahoo! Menamatkan Servis Hosting Percuma – GeoCities

Diterbitkan pada Apr 24, 2009 oleh .

Yahoo! yang dahulunya membeli GeoCities pada harga lebih kurang $2.87 billion pada tahun 1999, kini setelah 10 tahun mengumumkan bahawa mereka bakal menamatkan servis GeoCities. GeoCities yang dahulunya digunakan ramai untuk mula menceburkan diri dalam bidang pembangunan laman web, kian dilupakan ramai dari hari demi hari, dan ini merupakan salah satu sebab mengapa Yahoo! menutup servis tersebut.

GeoCities
Mesej Yang Di Paparkan Di Laman GeoCities [via]

Walaubagaimanapun, penutupan ini hanyalah bagi pendaftaran baru sahaja. Laman-laman di GeoCities yang sedia ada masih boleh diakses, malah pembangunnya dinasihatkan dan digalakkan untuk mendaftarkan diri ke servis berbayar Yahoo! Web Hosting.

Buat masa ini, ramai yang lebih gemar mendaftarkan diri ke beberapa servis alternatif untuk mula membangunkan web, malah ramai yang suka mendaftarkan diri di Blogger atau WordPress untuk khidmat blog, selain Google Sites untuk servis web. GeoCities kelihatan ketinggalan sedikit dalam menyediakan fungsi-fungsi yang menepati ciri-ciri semasa, mengakibatkan pengguna lebih gemar mencari perkhidmatan alternatif untuk mengehos halaman web mereka.


TIPS & ULASAN