Cari @ Amanz

Setelah sekian lama, kini YouTube menambah lebih banyak fungsi sosial kepada lamannya. Terbaru, YouTube menambah fungsi YouTube RealTime, salah satu teknologi yang membawakan fungsi-fungsi sosial, yang mana memperlihatkan perkara-perkara semasa yang berlaku dikalangan rakan-rakan melalui satu bar khas yang dipertontonkan di bahagian bawah sepanjang laman YouTube.

youtube_realtime
Toolbar YouTube RealTime [via]

Fungsi seumpamanya sudah pun lama diintegrasikan di laman Facebook. Melalui RealTime, satu toolbar khas diperlihatkan dibahagian bawah setiap halaman YouTube yang mana mempertontonkan apa yang rakan anda sedang menonton dan komen di YouTube, selain video-video baru pada saluran yang anda langgan dan sebagainya. Anda juga boleh memilih untuk berada dalam mode peribadi, dan tidak memperlihatkan sebarang aktiviti anda kepada rakan-rakan yang lain, dan juga sebaliknya.

RealTime dilancarkan sama seperti GMail dilancarkan pada awal-awal dahulu, iaitu melalui konsep jemputan. Setiap pengguna baru akan mendapat 25 jemputan untuk mereka, seterusnya membolehkan anda menjemput rakan-rakan anda untuk turut serta mencuba fungsi terbaru pada YouTube itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd