Windows 7 RC (Build 7100) Kini Di Laman Torrent

Windows 7 RC (Build 7100) Kini Di Laman Torrent

Diterbitkan pada Apr 25, 2009 oleh .

Selepas memperlihatkan pengumuman pada halaman rakan Microsoft beberapa hari yang lali, kini Windows 7 Build 7100 yang dikenal pasti sebagai Windows RC mula muncul di laman-laman torrent, dan ada beberapa pihak yang sudah pun muat-turun dan memastikan ianya adalah benar.

Windows 7 Build 7001
Windows 7 RC Masih Mengekalkan Ikan Gapi [via]

Sekiranya sebelum ini, hanya satu torrent yang mula seed Windows 7, yang mana memperlihatkan kelajuan yang amat perlahan dengan beberapa masalah yang lain, kali ini ianya berbeza. Ianya terdapat hampir 4 torrent yang dikongsi bersama, yang mana, dua adalah untuk versi x86 dan dua lagi untuk versi x64.

Sekiranya anda masih tidak berapa yakin, anda masih boleh menunggu pautan rasmi daripada Microsoft yang mana dijangkakan akan menemui para pengguna pada 5 Mei 2009 kelak.


TIPS & ULASAN