Windows 7 Bakal Menyertakan Fungsi PC Maya

Windows 7 Bakal Menyertakan Fungsi PC Maya

Diterbitkan pada Apr 28, 2009 oleh .

Mungkin ramai sudah sedia maklum berkenaan Windows 7 RC yang bakal menemui para pengguna tidak lama lagi. Menariknya, Windows 7 RC bakal menyertakan sekali fungsi virtual PC (PC Maya) yang membolehkan anda menjalankan Windows XP didalam Windows 7 dengan mudah.

Windows 7 and XP
Fungsi PC Maya Pada Windows 7

Fungsi ini sekaligus membolehkan para pengguna menjalankan fungsi-fungsi dan aplikasi yang dibangunkan khas untuk Windows XP didalam Windows 7 dengan amat mudah sekali. Ianya masih tidak diketahui samaada sistem operasi lain boleh dijalankan sekali ataupun tidak, tetapi berkemungkinan besar ianya mungkin boleh dijalankan sekali.

Windows 7 Release Candidate sebelum ini dikatakan akan dilepaskan kepada umum pada 5 Mei, walaupun terdapat beberapa ura-ura memperkatakan ianya bakal dilepaskan dalam minggu ini juga. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN