Firefox 3.5 Membawakan Fungsi Restore Tetingkap

Firefox 3.5 Membawakan Fungsi Restore Tetingkap

Diterbitkan pada Apr 28, 2009 oleh .

Firefox 3.5 Beta 4 yang dinanti-nantikan membawakan fungsi baru, yang mana membolehkan anda restore semula tetingkap-tetingkap yang anda tertutup. Sebelum ini, Mozilla sudah pun membawa fungsi untuk restore tab, tetapi, kini ianya diperkembangkan dengan membolehkan anda restore tetingkap Firefox anda sekiranya anda tertutup secara tidak sengaja.

Firefox - Restore Tetingkap
Fungsi Restore Tetingkap Pada Firefox [via]

Buat masa ini, anda boleh restore semula sehingga 3 tetingkap sekiranya anda tertutup sebarang tetingkap Firefox tanpa sengaja. Walaubagaimanapun, angka ini boleh diubah dari panel about:config, dan tentukan sendiri jumlah tetingkap yang anda ingin boleh dibuka semula dan disimpan dalam memori Firefox anda.

Ianya mungkin amat berguna sekiranya komputer anda sering menghadapi masalah, ataupun anda sering tertutup tetingkap pelaya web Firefox anda secara tidak sengaja. Untuk mencubanya, anda boleh mendapatkan versi pembangunan Firefox 3.5 yang terkini dan mencubanya sendiri pada komputer anda.


TIPS & ULASAN