Kelantan Ke Arah Negeri WiFi Menjelang 2011

Kelantan Ke Arah Negeri WiFi Menjelang 2011

Diterbitkan pada Apr 30, 2009 oleh .

Kelantan bakal menjadi negeri yang menggunakan WiFi sepenuhnya apabila kerajaan negeri bercadang untuk mengimplementasikan perkhidmatan jalur lebar internet dalam jangka masa dua tahun akan datang. Untuk menjayakan projek ini, dua agensi kerajaan Kelantan, iaitu Permodalan Kelantan Berhad dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan bakal bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta.

Buat masa ini, lebih tiga puluh lapan lokasi telah dikenal pasti di beberapa kawasan bandar utama, terutama Kota Bharu. Buat masa ini, kerajaan tempatan telah menyediakan lebbih kurang RM450 000 untuk bidang ICT dan RM70 000 untuk program ICT di pendalaman.

Ianya dijangka, kebanyakkan kawasan bandar utama di Kelantan bakal mendapat sambungan internet 24-jam dalam jangka masa dua tahun lagi. Selain itu, kerajaan tempatan juga dalam perancangan untuk membangunkan pusat latihan multimedia melalui Darul Digital untuk membangunkan masyarakat celik IT di Kelantan.


TIPS & ULASAN