Windows 7 RC Sedia Di Cuba Oleh Semua Orang

Windows 7 RC Sedia Di Cuba Oleh Semua Orang

Diterbitkan pada Mei 5, 2009 oleh .

Selepas ditunggu-tunggu sekian lama, akhirnya hari ini, Microsoft telah pun melepaskan Windows 7 RC kepada orang ramai. Anda boleh ke halaman muat-turun rasmi Windows 7 RC, dan memuat-turunnya pada kadar kelajuan yang amat tinggi. Windows 7 RC boleh dimuat-turun sehingga Julai 2009.

Menariknya, Windows 7 RC yang diberikan secara percuma oleh Microsoft ini boleh bertahan sehingga 1 Jun 2010. Walaubagaimanapun, mereka telah membuat tetapan agar, mulai 1 Mac 2010, PC anda akan mula tutup sendiri setiap dua jam sekali. Perkara ini akan diingatkan oleh Microsoft mulai 2 minggu sebelum tarikh tersebut tiba.

Windows 7 RC membawa pelbagai perubahan dan penambahbaikan berbanding Windows 7 Beta. Anda dinasihatkan oleh Microsoft untuk memasang Windows 7 RC sebagai pemasangan baru. Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengubah tetapan supaya Windows 7 Beta anda dikemaskini tanpa perlu membuat pemasangan baru.

Untuk mula memuat-turun anda boleh ke halaman muat-turun rasmi Microsoft dan muat-turun Windows 7 Rc pada kadar kelajuan yang amat tinggi. Anda akan diberikan dengan product key yang baru, dan penambahan masa penggunaan berbanding Windows 7 Beta. Panduan pemasangan juga turut disediakan oleh Microsoft. Cubanya hari ini.


TIPS & ULASAN