Cari @ Amanz

Selepas ura-ura Google ingin memiliki Twitter, kini terbaru, dikatakan Apple dalam perbincangan untuk memiliki Twitter pula. Sebelum ini, Twitter ditawarkan $500 juta dalam bentuk tunai dan saham, tetapi Twitter menolaknya kerana dikatakan saham Facebook tidak begitu bernilai.

Walaubagaimanapun, sekiranya Apple ingin memiliki Twitter, mereka mampu membayar Twitter secara tunai, yang mana dikatakan, Apple menawarkan lebih $700 juta dalam bentuk tunai. Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, Apple dijangka bakal mengumumkan pemilikan Twitter pada WWDC yang bakal diadakan pada bulan Jun kelak.

Tetapi, sampai sekarang masih tidak diketahui mengapa Apple dikaitkan dengan pembelian Twitter. Ini kerana, tanpa membeli Twitter pun, Apple sudah membuat duit yang banyak dengan hanya menjual aplikasi Twitter melalui App Store mereka. Lagipun, tidak kelihatan sebarang sumbangan daripada Twitter kepada Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd