Cari @ Amanz

Bulan April memperlihatkan beberapa distro terkemuka mengemaskini sistem operasi mereka, sekaligus ini telah meningkatkan angka pengguna Linux seluruh dunia. Setelah sekian lama, akhirnya kini peratusan pengguna Linux seluruh dunia mencecah lebih daripada 1%.

Peratus Penggunaan Sistem Operasi

Mungkin ini hasil sumbangan beberapa berita Linux yang kedengaran kebelakangan ini, seperti HP yang dikatakan bakal memperkenalkan Netbook berasaskan Android, selain Ubuntu 9.04 dan Mandriva 2009.1 yang dilancarkan baru-baru ini. Sejak bulan Mac 2009, kita sudah dapat melihat peratusan penggunaan Windows yang berkurangan, dan pada bulan April pula, Windows dan Mac, kedua-duanya mengalami pengurangan penggunaan, sekaligus menguntungkan Linux.

Selain daripada sistem operasi, pelayar web juga memperlihatkan penambahan penggunaan pelayar web berasaskan sumber terbuka. Internet Explorer mengalami penurunan penggunaan sekali lagi, sekaligus menguntungkan Mozilla Firefox dan juga Google Chrome.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd