Pelancaran Need For Speed Shift Di Tangguhkan

Pelancaran Need For Speed Shift Di Tangguhkan

Diterbitkan pada Mei 6, 2009 oleh .

Semua pemain game genre lumba kereta mungkin sudah kenali francais permainan Need For Speed. Tahun ini dijangkakan, mereka bakal melepaskan 4 tajuk baru dalam francais Need For Speed iaitu Shift, Nitro, World Online dan satu lagi yang masih dirahsiakan.

Need For Speed Shift
Antaramuka Permainan Shift [via]

Sekiranya sebelum ini, Need For Speed Shift dikatakan bakal dilepaskan pada 17 September, kini mereka telah menangguhkannya kepada 24 September. Masih tiada berita berkaitan dengan penangguhan ini. Mungkin EA Games ingin memberikan permainan yang berprestasi tinggi dan tidak mengecewakan para pemainnya.

Need For Speed Shift bakal memperkenalkan perlumbaan kereta secara halal, dimana pemain boleh merasa simulasi dan perasaan perlumbaan di trek yang sebenar. Sebelum ini, mereka pernah mencuba kaedah yang sama melalui Need For Speed ProStreet, namun menghadapi kegagalan. Mungkin Need For Speed Shift bakal membawakan perubahan yang drastik, dan memenangi kembali hati para pemainnya.


TIPS & ULASAN