Netizens Media Melancarkan XS.MY

Netizens Media Melancarkan XS.MY

Diterbitkan pada Mei 6, 2009 oleh .

Kini dengan meningkatnya penggunaan servis blog-mikro seperti Twitter dan sebagainya, memperlihatkan peningkatan laman-laman memendekkan URL untuk membolehkan pautan disertakan dalam mesej yang sesingkat 140 huruf. Oleh kerana kekurangan servis memendekkan URL tempatan, NetizensMedia melancarkan XS.MY, yang mana kelihatan amat menarik sekali.

xsmy
Antaramuka Laman XS.MY

Menariknya, XS.MY datang dengan nama domain empat abjad yang amat ringkas, selain tiada sebarang iklan pun yang terdapat padanya. Anda boleh menukarkan URL anda yang panjang lebar kepada URL yang lebih ringkas dengan pantas sekali, disebabkan XS.MY dihoskan di server tempatan.


TIPS & ULASAN