Twitter Beralih Daripada TinyURL Kepada Bit.ly

Twitter Beralih Daripada TinyURL Kepada Bit.ly

Diterbitkan pada Mei 7, 2009 oleh .

Sekiranya anda gemar kongsikan URL di Twitter, mungkin anda perasan yang mana URL yang panjang lebar akan ditukarkan secara automatik kepada URL pendek menggunakan TinyURL. Walaubagaimanapun, mulai hari ini, perkara ini berubah, dan kini Bit.ly menjadi penyedia URL pendek utama untuk Twitter.

Twitter dan Bitly
Bit.ly Kini Penyedia URL Pendek Utama Twitter

Servis memendekkan URL amat menjadi perhatian sejak penggunaan Twitter menjadi perkara utama pengguna internet. Oleh kerana mereka terpaksa berkongsi URL di dalam mesej berkapasiti hanya 140 huruf sahaja, beberapa penyedia perkhidmatan memendekkan URL seperti TinyURL dan Bit.ly menjadi pilihan utama.

Twitter sendiri telah menjadikan TinyURL sebagai pilihan utama apabila semua URL panjang yang dimasukkan kedalam mesej ditukarkan dengan link daripada TinyURL. Namun begitu, mulai hari ini, Twitter mula mengubahnya daripada TinyURL kepada Bit.ly. Masih tiada sebarang berita berkaitan dengannya, dan mungkin juga Twitter dalam perancangan untuk memiliki salah sebuah servis memendekkan URL yang terkemuka.

Sekiranya blog anda dalam bahasa Melayu, ataupun pengunjung utama anda datangnya daripada Malaysia, mungkin anda boleh mencuba XS.MY untuk memendekkan URL.

Kredit : TechCrunch


TIPS & ULASAN